Sunday, June 17, 2012

kebodohan mengejar populariti !

pertukaran perkataan english bagi video Matlufthi . kebanyakkan orang mengejar popular / terhangat / terpanas / glamour / famous / hot / budak up , sedar x kita semua tertipu dengan dunia ? dunia yg semakin panas dengan renjatan alam fesyen . kita semua terlalu obses dengan budaya barat . ada yang sanggup menghabiskan duit hanya semata-mata membeli barang yang bukan keperluan kita . ada yang sanggup ikat perut untuk menyimpan wang saku . bila dah dapat apa yang diinginkan , mula la menunjuk di sana sini . semua cakap itu ini semua betul dan timbul perasaan riak . aku buka fb satu hari tu , sebab Jue buka fb , aku dpt melihat banyak anjakkan paradigma yang anak muda zaman kini tonjolkan , baik lelaki dan baik perempuan . semua ini disebabkan kita rakus mengejar gaya orang barat untuk kelihatan handsome / cantik di mata masyarakat sedangkan duit / wang saku itu kita tidak patut dibazirkan secara membabi buta ! kita perlu buka fikiran dan kita perlu sedar anak Islam yang lain di Palestin contohnya , mereka tidak perlukan baju yang cantik , pakaian yang mewah , mereka hanya perlukan bantuan makanan sebab apa yang penting dalam hidup mereka adalah hanya ingin hidup di muka bumi . tidak salah kan , kalau anda semua sedekah kepada bantuan-bantuan untuk saudara / saudari kita di sana . tolong menolong amalan mulia dan disukai oleh Allah , tapi bazir membazir amalan yang xdisukai oleh Allah . sedar la , ramai lagi yang memerlukan bukannya orang yang menjual barang bukan keperluan kita . tidak salah untuk mengikut fesyen terkini , tetapi jangan la sampai berbelanja mengikut kehendak hati . ikutkan hati semuanya belum tentu puas sebab kekadang hati hanya mengikut nafsu ! aku taktuju kepada sesiapa , cubit paha kiri , paha kanan terasa , jadi sesiapa terasa ambil je la . aku hanya merenung kehidupan mereka di sana . janganla mengejar benda benda yang membuat kita terkenal di dunia kerana ia hanya sementara . biar la mencari benda yang membuat kita terkenal di dunia dan akhirat dan di mata Allah . 

Mungkin korang akan kata kat aku , aku hanya pandai berkata kata , sedangkan aku pun taruk gambar yang tak berbaju . aku x layak menasihati orang apatah lagi berdebat dengan orang tentang kesedaran . mesti orang kata aku 'Eleh , bajet good good je mamat ni' . ada aku kesah aku bajet ke apa , aku takkacau orang pun . aku bajet bagus pun untuk kesedaran bersama . ok , aku xprotes sesiapa . tetapi ini renungan bersama . ok assalamuailaikum , saya sayang jueraihan jamil :*

No comments:

Post a Comment